Apricon Farmas Health: Senaman Untuk Kesihatan Jantung Apricon Farmas Health

Followers

Friday, April 15, 2016

Senaman Untuk Kesihatan Jantung

Persetubuhan Jantung Amerika mengenal pasti bahawa gaya hidup tidak aktif merupakan salah satu daripada lima faktor risiko utama penyebab penyakit jantung. Sebaliknya, mengambil langkah untuk meningkatkan aktiviti fizikal dikaitkan dengan :

Peningkatan peredaran darah -

Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman. Kapilari kolateral meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan, yang mambantu meningkatkan kekuatan, tenaga, penyembuhan dan fungsi lain yang pada dasarnya di semua sistem badan anda. Sebagai contoh, jika mempunyai penyakit arteri periferal, kapilari kolateral dalam otot kaki anda boleh mengurangkan gejala justeru anda boleh berjalan lebih jauh tanpa rasa sakit. Otot kaki yang telah menjadi segar akibat senaman menggalakkan peredaran darah kembali ke jantung dengan mengekalkan peningkatan kuasa pada urat.

 Peningkatan fungsi jantung - Tidak seperti otot lain, jantung sentiasa bekrja. Walaubagaimanapun senaman membantu meningkatkan kecekapan jantung. Aktiviti fizikal yang kerap melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan jumlah darah yang dipam dengan setiap denyutan. Ia juga membantu paru-paru anda menyampaikan oksigen dengan lebih cekap untuk darah anda. Dengan jantung yang dapat megepam lebih banyak darah, lebih banyak oksigen dihantar ke otot anda dan seluryh badan anda semasa bersenam. Semua perubahan ini memudahkan jantung anda untuk menjalakn tugasnya.

Pengurangan tekanan darah - Aktivit fizikal yang kerap dikaitkan  dengan kawalan jangka panjang tekanan darah yang lebih baik. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan aau mempunyai tekanan darah tinggi. Kesan senaman pada tekanan darah anda boleh menjadi lebih dramatik.

Penambahanbaikan tahap lemak darah - Jika anda membimbing tentang tahap kolestrol anda atau peningkatan trigiliserida, maka senaman adalah jawapannya. Senaman menyebabkan pengurangan trigliserida, yang merupakan zarah lemak kecil di dalam darah. ia juga boleh meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), atau kolestrol "baik", dan boleh mengurangkan jumlah liprotein berketumpatan rendah (LDL), atau kolestrol "jahat".

Peningkatan kesihatan saluran darah - Pengurangan tahap lemak darah mengurangkan pembentukan plak di dalam saluran darah (aterosklerosis) dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Tekanan darah yang berkurangan bermakna tekanan kurang pada lapisan dalam saluran darah - satu lapisan sel dipanggil endothelium dan mengurangkan haus dan lusuh yang sebaliknya boleh menggalakan pembentukan plak. Endothelium membebaskan bahan kima yang menyebabkan saluran darah dapat berehat atau menguncup. Bersenam diketahui dapat meningkatkan fungsi endhothelial.

Satu lagi faktor dalam kesihatan saluran darah adalah radang, yang boleh diukur dengan tahap sensitiviti protein C-reaktif tinggi (hs-CRP) dalam darah. Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa keradangan memainkan peranan yang penting dalam aterosklerosis dan hs-CRP adalah tanda keradangan. Aktiviti fizikal boleh mengurangkan hs-CRP.

Peningkatan penggunaan oksigen - Aktiviti fizikal yang kerap membantu sel anda mendapat oksigen dengan lebih mudah daripada darah anda, mengurangkan bebanan pada jantung dan meningkatkan keupayaan anda bersenam.

Memperbaiki pengawalan paras gula darah dan insulin - Iannya mengurangkan risiko diabetes jenis 2, yang berkait rapat dengan masalah yang berkaitan dengan penyakit jantung.

Selain itu, senaman juga menawarkan potensi manfaat lain, seperti kecenderungan untuk mengurangkan pembekuan darah, memperbaiki fungsi sistem imun dan mengurangkan risiko kemurungan.

Manfaat Senaman


beberapa perubahan kecil pada gaya hidup seperti aktiviti fizikal yng kerap boleh memberi kesan ketara pada kesihatan. Sesungguhnya hanya dengan melakukan aktiviti fizikal selama tujuh  jam seminggu boleh mengurangkan risiko mati awal sebanyak 40% berbanding dengan seseorang yang tahap aktiviti fizikal mingguannya kurang daripada 30 minit.

No comments:

Post a Comment