Apricon Farmas Health: Daun Belalai Gajah Apricon Farmas Health

Followers

Tuesday, April 5, 2016

Daun Belalai Gajah

Latar Belakang Daun Belalai Gajah

Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass. Ia dipanggil Sabah Snake Grass kerana dipercayai pokok ini apabila ditanam dapat menghalau ular. Manakala nama saintifiknya ialah Clinacanthus Nutans atau Clinathanus. Yu Xun Cao pula merupakan panggilan dalam bahasa cina. Pokok ini mudah disemai atau ditanam dengan cara keratan batang.

Khasiat Daun Belalai Gajah

Masyarakat zaman moden kini terlampau mengharapkan atau bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan.

Kita mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.

Daun belalai gajah misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolestrol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut Kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Falkuti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida yang baik. Fungsi anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuahn sel kanser.

Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

"Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.

Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperolehi di semua tempat. Justeru, syarikat kami mengedarakn suplemen kesihatan, Ultun Extra (campuran serbuk soya dan kurma merah), Uturn Fresh (campuran lemon dan epal), teh uncang Uturn dan minuman campuran botanik Clinacanthus Nutans)," kata beliau.

Kebersanan Daun Belalai Gajah


Kebersanan daun belalai gajah ialah menyejukkan badan, menghilangkan lebam dan melegakan bengkak. Ia juga membantu terhadap masalah sembelit dan mencegah kanser, menghilangkan kesakitan, menyahtoksin dan melancar peredaran darah.

Selain merawat dan mencegah kanser, pengambilan Daun Belalai Gajah juga dapat membantu pesakit dialisis. Rasa ketidakselesaan selepas sesi dialisis dapat membantu pembuangan fosfat dan enzim, memperbaiki keadaan anemia dan menambah jumlah pembuangan air kencing.

Disamping itu, ia juga berguna dalam rawatan saikt kuning, penyakit eksim, skit tekak (sore throat), radang mulut/ ulser, kitaran haid yang tidak stabil, kelembapan dan angin badan, kecederaan jatuh dan bengkak, gout, penyakit sendi, anemia, merendahkan tekanan darah, mengecilkan tumor (merbahaya/tidak merbahaya) dan jenis-jenis kanser.

Daun Belalai Gajah juga boleh digunakan untuk meredakan Leptospirosis pada tahap awal dan kencing manis. Kesanya juga agak baik terhadap masalah kerap kencing malam dan prostate neoplasms, serta masalah-masalah sistem air kencing yang lain.

Daun Belalai Gajah boleh diambil sebagai ulam harian bagi yang menanam pokok ini. Kini Khasiat pokok Daun  Belalai Gajah boleh diperolehi melalui bancuhan teh, bancuhan serbuk dan ekstrak.



No comments:

Post a Comment