Apricon Farmas Health: Tuberkulosis Tulang Belakang Apricon Farmas Health

Followers

Saturday, March 26, 2016

Tuberkulosis Tulang Belakang



Penyakit Tuberkulosis atau TB (Tibi) lebih dikenali di malaysia sebagai batuk keringdan dikaitkan dengan masalah paru-paru. Namun, di luar pengetahuan masyarakat, Tibi bukan sahaja terhad kepada paru-paru tetapi sebenarnya boleh menjangkiti tisu dan organ di luar paru-paru termasuk selaput otak (meninges), kelenjar, darah dan sendi. Keadaan ini dikenali sebagai "extra-pulmonary tuberculosis".


Tempat yang paling kerap dijangkiti selepas paru-paru ialah tulang belakang. Ia boleh menyebabkan kemusnahan tulang, Sakit belakang yang kronik malah melumpuhkan pesakit.

Kuman Tibi
Jangkitan Kuman Tibi ini disebabkan oleh sejenis kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis. Ia boleh disebarkan secara droplets ( Cecair batuk, selsema) dan juga secara melalui peredaran darah. Sekiranya kita tinggal bersama ahli keluarga atau rakan yang menghidap Tibi, kita juga berisiko untuk dijangkiti. Begitu juga sekiranya kita terdedah dengan persekitaran pekerja asing yang tidak mendapat immunasi daripada kuman ini.

Ia bermula dengan menjangkiti salah satu daripada tulang belakang (vertebra) dan ia merebak melalui Anterior Longitudinal Ligament iaitu ligament yang memegang bahagian depan tualng vertebra. Jangkitan Tibi boleh merebak ke vertebra bersebelahan dan boleh juga menyebabkan Skip lesion di mana terdapatvertebra yang tidak dijangkiti dan ia melompat ke vertebra yang lebih jauh daripada vertebra asal yang dijangkiti. Skip lesion ini berlaku di dalam 15 peratus daripada kes-kes jangkitan Tibi tulang belakang.

Kuman tuberkulosis ini akan 'memakan' dan menghancurkan tulang vertebra pesakit dan ada juga kes di mana ia menghasilkan nanah yang menyebabkan tekanan pada saraf dan struktur-struktur berhampiran.

Simptom
Pesakit yang mengalami Tibi tulang  belakang ini datang kerana mengalami rasa sakit atau tidak selesa pada tulang belakang. Tidak kurang juga yang datang lewat dengan kepatahan dan tekanan pada saraf tunjang tulang belakang . Sekiranya tekanan saraf berlaku, ia boleh menyebabkan kekebasan dan kelemahan pada anggota tangan dan kaki pesakit.

Simptom Tuberkulosis Tulang Belakang
  1. Sakit atau tidak selesa pada mana-mana bahagian tulang belakang.
  2. Demam
  3. Berpeluh-peluh pada waktu malam
  4. Susut berat badan secara mendadak
  5. Hilang selera makan
  6. Kebas tangan atau kaki kedua-duanya
  7. Lemah atau hilang kekuatan tangan atau kaki atau kedua-duanya
Tulang Belakang Membonjol
Sekiranya pesakit lambat mendapat rawatan, tulang pesakit boleh 'dimakan' oleh kuman yang menyebabkan pesakit kelihatan membongkok ke depan dan terjadinya benjolan keras atau gibbus pada bahagian tulang belakang yang dimakan kuman tersebut.

Apakah Siasatan Yang Biasa Dibuat ?

Perlukah X-Ray Dibuat ?
  • X-ray akan dibuat bagi memastikan tahap penglibatan tulang belakang. Kebiasaanya, jangkiatn Tibi akan memusnahkan bahagian depan vertebra terlebih dahulu menyebabkan ia berbentuk 'wedge'. Sealin daripada itu, antara karakter jangkitan ini ialaah ia memusnahkan bahagian permukaan vertebra iaitu bahagian yang disebut sebagai 'end palte'.
Magnetic Resonance Imaging (MRI)
  • MRI juga akan dibuat sekiranya doktor mengesyaki penglibatan saraf dan berlakunya pengumpulan nanah di kawasan yang dijangkiti. MRI ini digunakan bagi merancang pembedahan yang perlu dibuat bagi memastiakn tekanan saraf dapat dibebaskan dan nanah dapat dikeluarkan dengan selamat.
Rawatan
Rawatan Tuberkilosis Tulang Belakang boleh dibahagikan kepada :
  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan
1.  Ubat
Pesakit yang menghidap Tuberkulosis Tulang Belakang ini akan merawat dengan bebrapa ubat-uabatan bagi membunuh kuman tersebut. regime yang paling kerap diberiakn ialah:

  • Rifampicin
  • Isoniazide
  • Pyrazinamide
  • Ethambutol
Rawatan bagi penyakit Tuberkulosis Tulang Belakang memakan masa 9 hingga 12 bulan dan sepanjang tempoh tersebut, pesakit akan diperhatikan dari segi bacaan darah termasuk sel darah putih dan bacaan kerandangan ESR (Eryhricyte Sendimentation Rate) bagi melihat tindakbalas pesakit terhadap rawatan yang diberi.

2.  Pembedahan 
Pembedahan bagi pesakit Tuberkulosis Tulang Belakang hanya dilakukan sekiranya :

  • Terdapat nanah yang berkumpul dan menyebabkan tekanan pada saraf dan struktur berhampiran.
  • Jangkiatan kuman menyebabkan tulang belakang menjadi tidak stabil.
  • Terdapat tekanan pada saraf yang menyebabkan kelemahan atau kebas anggota badan.
Justeru, bukan semua kepatahan tulang yang melibatkan Tuberkulosis tulang belakang memerlukan pembedahan. Doktor akan berbincang dengan anda mengenai pilihan yang terbaik jika anda atau saudara anda mengalaminya.

Dr. Ahmad Mahyuddin sorang pakar bedah ortopedik di pahang. Kenali beliau lebih lanjut di laman di Facebook beliau.

Rujukkan

No comments:

Post a Comment