Apricon Farmas Health: Fakta Mengenai Virus Zika Apricon Farmas Health

Followers

Thursday, March 24, 2016

Fakta Mengenai Virus Zika

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya akan kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini.

Manakala Pusat Kawalan dan Pencengahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.


Apa Itu Virus Zika ?
Virus Zika merupakan salah satu virus dari jenis Flavivirus. Virus ini memiliki kesamaan dengan virus dengi. Ia ditemui di hutan Zika di Urganda pada tahun 1947 dan bukanlah penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.

Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Bagaimana Virus Zika Ini Merebak
Viruz Zika disebarkan melalui gigitan dari sejenis nyamuk yang menyebarkan penyakit tropika yang lain seperti demam denggi, chikungunya dan demam kuning.Walau bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada ia merebak dari individu ke individu yang lain. 

Ad juga pengkaji sedang mengkaji yang menyatakan berkemungkinan virus tersebut boleh dijangkiti melalui seks. Ianya ditemui di dalam air mani seorang lelaki di Amerika Syarikat dan terdapat satu laporan mengenai kemungkinan penyebaran virus melalui hubungan seks. Pertubuhan kesihatan Dunia berkata, virus zika cepat merebak di Amerika kerana ia adalah sesuatu yang baru di rantau itu.

Simptom Utama Demam Zika

  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan

Kesan Virus Zika
Virus Zika yang merebak akan menyebakan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Risiko Virus Zika Terhadap Ibu Mengandung
Jika seseorang ibu mengandung itu terkena penyakit zika ia akan membahayakan kandungannya kereana virus ini akan merebak dan menyebabkan risiko kecaccatan otak pada bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan masalah kepala kecil berbanding saiz normal atau microcphaly serta menggangu perkembangan otak.

Virus Zika boleh menyerang janin dalam kandungan ibu yang mengandung di awal trimester tetapi ia juga dikatakan memberi risiko jangkitan kepada ibu yang sudah memasuki trimester akhir kehamilan.

Adakah Virus Zika Ini Terdapat Di Malaysia ?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.


Langkah- Langkah Pencegahan
Terdapat beberapa langkah yang telah dikeluarkan oleh KKM
  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.



No comments:

Post a Comment