Apricon Farmas Health: 5 Cara Membezakan Antara Madu Asli Dan Madu Campuran Apricon Farmas Health

Followers

Monday, March 28, 2016

5 Cara Membezakan Antara Madu Asli Dan Madu Campuran


Madu adalah salah satu pengambilan makan yang sihat untuk tubuh badan. Namun kini kita dikelirukan antara madu asli dan madu yang tidak asli. Jadi ini adalah serba sedikit tips untuk mengetahui sama ada madu itu asli ataupun tidak.

1.  Bakar Sehingga Berbuih

  • Cara pertama untuk membezakan antara madu yang asli dan madu campuran (tiruan) adalah dengan membakar. Letakkan sedikit madu di atas sudu kemudian bakar di atas lilin. Tunggu sehingga mendidih, jika itu madu campuran, buihnya akan lebih sedikit dari madu asli.
2.  Menggunakan Kertas
  • Tuang sedikit madu atas kertas. Jika madu asli, madu tidak akan mudah meresap ke kertas. Sebaliknya jika madu campuran, madu itu akan mudah meresap dan menembus kertas tersebut.
3.  Menggunkan Mancis
  • Letakkan sedikit madu ke atas mancis kemudian cuba nyalakan mancis tersebut. Jiak mencis berjaya dinyalakan biarpun basah dengan madu, bermaksud itu adalah madu asli. Sebaliknya jika mancis tersebut  tidak berjaya dinyalakan, maknanya itu adalah madu tiruan.
4.  Masukkan Madu Kedalam Air
  • Letakkan sedikit madu kedalam air kosong, jika madu itu tidak mudah bercapur dan terus ke bawah, itu adalah madu asli. Begitulah sebaliknya, jika madu tersebut dengan mudahnya bercampur dengan air kosong, itu adalah madu tiruan.
5.  Masukkan Madu Kedalam Peti Sejuk
  • Letakkan madu ke dalam peti sejuk, jika madu itu tidak membeku, maka itu adalah madu asli. tetapi jika madu itu menjadi keras bila dikeluarkan, bermaksud madu itu telah pun dicampur.






No comments:

Post a Comment